Jumaat, 8 Julai 2016

Solat Jenazah

Solat Jenazah ke Atas Al Marhumah Sabariah bt Mat Zain yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Julai 2016 jam 11.00 malam.
Solat Jenazah di Masjid Abu Zar dan Dikebumikan di Tanah perkuburan Pohon Tanjung  kira-kira jam 12.00pm




Rabu, 6 Julai 2016

Solat Sunat Eidul Fitri 1437 / 2016

Pada pagi 1 Syawal 1437 bersamaan 6 Julai 2016 (Rabu) Solat sunat hari raya Puasa di adakan di masjid Abu Zar.Bermula jam 8.15 pagi dengan Takbir hari raya, 8.45pagi sedikit taklimat Kaifiat solat hari raya di adakan oleh Us Mohamad Kamel muhamad merangkap sebagai Imam solat  pagi ini.
Selepas Solat khutbah di perdengankan oleh Us Mohamad Najmi Mohd Afandi.Kira-kira 9.20 pagi selesai Solat dan Khutbah.
Masjid penuh dengan makmum ,inilah kebiasaannya bila Solat Eidul Fitri beranding dengan solat sunat hari raya Qurban.
Semuga kekalkan keadaan sebegini bagi masjid Abu Zar.Insyaallah.

Bacaan Takbir dikemandangkan oleh Us Mohd Najmi 
 



Taklimat ringkas sebelum solat Sunat Eidul Fitri oleh Us Mohd Kamel 
 







Bacaan Khutbah di perdengarkan oleh Us Mohd Najmi 
 









Selesai sudah pagi di masjid abu Zar 
 





Sabtu, 2 Julai 2016

Majlis Berbuka Puasa untuk Kali ke 3 tahun 1437

Al Hamdulillah pada Ramadhan tahun ini 1437 /2016 ,majlis berbkla puasa dapat diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada Jumaat 11 Jun 2016 , Jumaat 24 jun 2016(  dan Jumaat 1 Julai 2016(26 Ramadhan 1437)

Keewangan 

Sumber Kewangan adalah hasil dari derma para dermawan dan ahli jamaah Masjid,ada yang menderama dalam bentuk makanan,kueh dan buat tamar,air minuman dan sebagai lagi.
Bagi iftor pertama kami telah menjemput lebih dari 120 orang ,kali kedua 70 orang dan kali ketiga hampir 90 orang.

Program 

 1. Tazkiran Ramadhan
 2.Tahlil arwah
 3. Berbuka Puasa dengan kuih,tamar dan air
 4. Solat Magharib
 5. Makan nasi
 6. Solat Isya berjamaah
 7. Solat Taraweh
 8. Tadaru Al quraan ( Pelajar )

Insyaalah pada tahun -tahun hadapan dapat rezeki yang lebih lagi ,dapatlah kita mengadakan dengan lebih kerap lagi.

Terima kasih pada yang telah memberi kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan program pada ramdahan tahun 1437 /2016,Hanya Allah yang memberi balasan terhadap semua usaha usaha yang dilakukkan. Insyaallah

 Gambar Gambar bagi berbuka puasa kali ke 3


 Tazkira Raamadhan di sampaikan oleh Us Mohd Kamel Mohamad








 Berbuka Puasa dengan Makan Tamar,kuih dan Air





Makan Nasi selepas Solat Magharib











Sabtu, 25 Jun 2016

GAMBAR INDIVIDU KUMPULAN TADARUS